Sunday, May 12, 2013 @ 9:11 PM | 0 Comment [s]

"Kasih seorang ibu, luasnya Rahmat Ilahi."

Wajahmu yang dimamah usia, namun masih nampak tegar dan bahagia. Ikhlas memancarkan selaksa cinta penuh makna yang membias dari guratan keriput di wajah. Jemari itu memang tidak lagi lentik, namun ia selalu fasih menyulam kata-kata pinta. Indah.. Semuanya begitu indah dalam alunan cintamu, yang menelusur lembut dan membasahi lorong hati dan jiwa dengan rindu kasih sayangmu.

Maafkanlah jika mata ini pernah sinis memandang, dan lidah yang pernah terucap kata-kata yang tidak berkenan sehinggakan membuat hatimu terluka. Maafkanlah pula kalau kesibukan menghalangi untaian doa teratur untukmu. Ampuni diriku ini yang tidak pernah bisa membahagiakanmu. Sungguh, jiwa dan jasad ini ingin terbang ke angkasa lalu luruh di pangkuan, mendakap tubuh sepuh, serta menangis di pangkuanmu. Hingga terhapuskan kerinduan dalam riak menganak sungai di hujung mata. Rengkuhlahku dengan belai kasih sayangmu bagai masa kecil dahulu. Mengenangkan indahnya setiap detik dalam rahimmu, dan hangatnya dakapanmu. Buailah dengan doa-doa hingga ku lelap tertidur di sampingmu.. Keindahan dunia ini tidak dapat menggantikan dengan keindahan dirimu. Sorak-sorai pesona dunia pun tidak dapat menggantikan gemuruh haru detak jantung disaat engkau memelukku.

Betapa hebatnya pengorbanan seorang ibu. Tidak mampu ku ungkap dengan kata-kata. Dalam belaian merekalah kita bernafas, dalam kasih merekalah kita bernadi dan dalam pengorbanan merekalah kita ada pada hari ini. Kita yang dijaga, dibelai dan dimanja sewaktu kecil sehingga kita tidak merasa kesunyian.

Ketika kita demam, mereka sanggup tidak tidur sepanjang malam, hanya semata-mata untuk menjaga dan menuamkan kita sehingga suhu badan kita ke tahap normal. Ketika kita ketakutan, mereka memeluk erat menenangkan kita sehingga kita dapat melelapkan mata. Ketika kita dalam proses membesar, kita meminta itu dan ini. Kita mungkin mendapat semua yang kita kehendaki, tetapi.. Pernahkah kita bertanya, bagaimana susah payahnya dan kesukaran yang mereka hadapi demi untuk mendapatkan apa yang kita kehendaki itu, semata-mata hanya untuk membahagiakan kita?

Sayang.. Seribu kali sayang.. Kita tidak sama sekali mengingati pengorbanan mereka, kerana begitu sibuk dengan urusan dunia yang tidak pernah habis-habis. Bilakah kali terakhir kita menghubungi mereka? Bilakah kali terakhir kita mendoakan mereka? Bilakah kali terakhir kita meluahkan kata-kata sayang dan rindu kepada mereka? Bilakah kali terakhir kita mengambil berat tentang masalah mereka? Bilakah kali terakhir kita berjenaka dan membuat mereka ketawa? Pernahkah kita terfikir akan itu semua?

Apabila mereka berada didepan mata kita, sering kita mengabaikannya. Seolah-olah mereka tidak wujud dalam kehidupan ini. Dan apabila mereka sudah tiada lagi di dunia ini, barulah kita akan merasa satu kehilangan yang amat besar yang tidak terkata. Pengorbanan seorang ibu tiada tolak bandingnya.

Oleh itu, selagi ibu kita masih ada lagi di dunia ini, jagalah mereka, curahkan sepenuh kasih sayang kepada mereka. Taatilah mereka, jangan sesekali melukai hati mereka mahupun menderhaka kepada mereka seperti bak kata pepatah Syurga itu terletak dibawah telapak kaki ibu. 

Ingatlah... Apabila mata ibu kita sudah tertutup, maka hilanglah satu keberkatan, iaitu doa seorang ibu. Janganlah sampai leteran dan suara mereka tidak kedengaran lagi ataupun sampai kain putih sudah menyelubungi jasad mereka; di saat itulah.. Penyesalan sudah tiada beguna lagi.




Profile

Photobucket

Siti Aishah Anwar
Singapore
University of Wollongong

♥ Arts, Musics, Photography, Languages & Cultures, Fashion


Stalk me







Achievements

Flute. Piccolo. Classical Guitar. Electric Guitar. Acoustic Guitar. Piano. Bass. Violin. Drums. Learning new languages. Driving.


Archieves

February 2009 March 2009 April 2009 May 2009 June 2009 July 2009 August 2009 September 2009 October 2009 November 2009 December 2009 January 2010 February 2010 March 2010 April 2010 May 2010 June 2010 July 2010 August 2010 September 2010 October 2010 November 2010 December 2010 January 2011 February 2011 March 2011 April 2011 May 2011 June 2011 December 2011 January 2012 February 2012 March 2012 April 2012 May 2012 June 2012 September 2012 October 2012 December 2012 January 2013 February 2013 March 2013 April 2013 May 2013 June 2013 July 2013 September 2013 January 2014 April 2014 September 2014 February 2015


The Credits

Template by : Farisyaa Awayy
Full Edited : Me, myself!

Best View at GOOGLE CHROME!

Flag Counter